Masjid Kita

iOS app by aZeR DiLLs. Productivity · aZeR DiLLs

Store rating
0 / 5
Store rating count
0
Download price
Free to download
In-app purchases
Unknown
Version
1.0
Listing last refreshed
2026-09-09

View the original store listing

Store description excerpt

Aplikasi Masjid Kita adalah aplikasi percuma yang disediakan bertujuan bagi menyediakan satu platform digital yang mudah digunakan oleh setiap komuniti kariah masjid dan surau di Malaysia. Platform digital ini memerlukan kerjasama komuniti sepenuhnya untuk memenuhi kemudahan yang ada agar ia dapat sama-sama dikongsi oleh semua. Perkara utama adalah dengan penglibatan AJK masjid kariah masing-masing bagi urusan mengurus setia masjid dan surau masing-masing melalui aplikasi ini dengan memberi dan mengemaskini maklumat pada aplikasi ini seperti, aktiviti harian, pengumuman dan jugak aktiviti yang akan datang. Dengan adanya maklumat terkini melalui aplikasi digital, diharap dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan komuniti dengan masjid dan surau masing-masing kerana segala maklumat yang ingin disampaikan kepada kariah masjid dapat disampaikan melalui aplikasi ini. Kemudahan yang pertama adalah "PENGUMUMAN". Ia boleh digunakan oleh AJK masjid dan surau untuk hebahan maklumat penting kepada kariah, dan semestinya kariah dapat mengikuti perkembangan terkini masjid tersebut secara terus. Kemudahan kedua adalah "AKTIVITI LAZIM". Ia adalah bertujuan untuk menghebahkan tentang aktiviti masjid yang dilakukan secara konsisten, sebagai contoh kuliah subuh (setiap hari), pengajian hadith (setiap sabtu selepas zohor), dan sebagainya. Dengan ini, para kariah dapat mengetahui apakah aktivi yang ada dan dapat mereka sertai. Ia juga berguna untuk para pelawat bukan bermastautin contohnya, para musafir yang berada berdekatan masjid ini, akan dapat mengetahui dan turut mengikuti aktiviti masjid tersebut. Kemudahan yang ketiga adalah "AKTIVITI KHAS". Dengan ini, pihak masjid dapat menganjurkan sesuatu aktiviti dengan pilihan untuk mengenakan pendaftaran ataupun terbuka. Maksudnya, jika aktiviti secara terbuka, ia adalah aktiviti tanpa pendaftaran. Sebaliknya, ia bermakna pendaftaran perlu oleh kariah untuk menyertai program tersebut, jadi ianya boleh digunakan untuk merekodkan berapa ramai peserta yang berminat untuk hadir. Para kariah yang berminat perlu melalukan pendaftaran melalui aplikasi ini secara terus. Pihak AJK akan dapat melihat pendaftaran ini dan boleh mengeluarkan tiket atau pass sebagai pengesahan penyertaan. Ia sangat berguna jika sesuatu acara itu adalah terhad pendaftarannya seperti terhad tempat duduk atau kapasiti, jadi kelulusan pendaftaran dapat dibuat mengikut kapasiti tersebut sahaja. Pihak kariah pula hanya perlu menunggu pengesahan ini dan pass atau tiket akan tersedia untuk dilihat jika pendaftaran diluluskan oleh pihak masjid. Penyediaan pass digital ini adalah sangat berguna juga jika pihak penganjur ingin membuat pengesahan peserta yang hadir pada aktiviti tersebut dengan imbasan pada pass tersebut. Ia juga dapat mengenal pasti jika ada pass yang tidak asli atau tidak dikeluarkan oleh pihak AJK masjid. Sebarang cadangan amatlah dialu-alukan agar aplikasi ini dapat memberi kemudahan tambahan kepada semua

Review coverage

AppRill has captured 0 reviews for this app. This is a collected sample, separate from the store rating count. Latest review capture: Not captured yet.

Recent captured chart positions

No chart positions have been captured for this app yet.

Chart position, rating count and review coverage do not establish downloads, revenue or profit. Understand the differences.