JPJeBid

iOS app by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia. Business · Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Store rating
1.63 / 5
Store rating count
1731
Download price
Free to download
In-app purchases
Unknown
Version
2.0.7
Listing last refreshed
2026-09-09

View the original store listing

Store description excerpt

JPJeBid merupakan pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Yang Berhormat Menteri Pengangkutan Malaysia telah memutuskan pelaksanaan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan dilaksanakan pada 15 April 2019. Pelaksanaan JPJeBid dijalankan secara perluasan skop sistem MySIKAP iaitu di bawah menu Pengurusan Nombor Pendaftaran. Proses-proses di dalam JPJeBid meliputi proses pengiklanan, pendaftaran, bidaan, bayaran dan juga ketetapan aplikasi dan akaun. Semua proses ini perlu dibuat terlebih dahulu oleh pembida dan akan dikawal selia oleh pihak JPJ. Konsep-konsep di dalam JPJeBid ini menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat, mesra pengguna dengan menawarkan elemen-elemen yang berteraskan User Experience (UX) yang ringkas, meningkatkan kecekapan proses bidaan secara manual kepada secara dalam talian, persekitaran keselamatan sistem yang terjamin dan kebolehan mengakses sistem JPJeBid secara Online Real Time dimana-mana sahaja tanpa mengira masa. Pelaksanaan inisiatif pembangunan Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid ) merupakan langkah strategik JPJ yang wajar dilaksanakan dan memberikan manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara. Melalui pelaksanaan JPJeBid pengurusan nombor kenderaan dapat dipertingkatkan dan diperkemaskan dengan hanya melalui sistem urusniaga dalam talian.

Review coverage

AppRill has captured 0 reviews for this app. This is a collected sample, separate from the store rating count. Latest review capture: Not captured yet.

Recent captured chart positions

CountryChartCategoryRankCaptured
MYtop-freeall892026-09-09
MYtop-freeall922026-09-08

Chart position, rating count and review coverage do not establish downloads, revenue or profit. Understand the differences.